KIMIA


Pengurusan Panitia 

# Analisis Soalan SPM Kimia 2009-2015 Mengikut Subtopik 

Ini merupakan analisis terperinci bagi soalan-soalan Kimia SPM dari tahun 2009 mengikut subtopik / tajuk-tajuk kecil.


# Rancangan Pengajaran Tahunan 


# Pelan Strategik, Pelan Taktikal & Pelan Operasi (PS, PT, PO) Panitia Kimia 2016-2020


# Program Peningkatan Akademik Kimia SPM 


# Kertas Kerja & Brosur Program Kelas Pecutan SPM 

KIMIA TING. 4

# Aktiviti Membuat Aiskrim Goyang

Kebiasaannya, aiskrim dibekukan dalam peti sejuk di bahagian sejuk beku. Aktiviti kali ini menunjukkan aiskrim boleh disediakan & dibekukan dalam masa yang singkat tanpa perlu memasukkannya ke dalam peti sejuk.


PdP Kimia Ting. 4: Merentasi 4 Bab dalam masa 2 Minggu  
Sukatan mata pelajaran Kimia ting. 4 ada 9 bab yang perlu dihabiskan dalam masa tidak sampai setahun. Jumlah tajuk yang terlalu banyak untuk diajar dan dikuasai oleh pelajar menyebabkan guru-guru terkejar-kejar untuk menghabiskan sukatan terutama sekali apabila melibatkan ‘very slow learners’.


Membina Susunan Elektron bagi Atom Menggunakan Magnet

Dalam mata pelajaran Kimia Tingkatan 4, pelajar-pelajar perlu menguasai kemahiran menulis dan melukis susunan elektron bagi 20 unsur yang pertama dalam Jadual Berkala Unsur (J.B.U). 


- Cara mudah bagi mengingati Siri Elektrokimia dengan menggunakan kaedah mnemonik versi Bahasa Melayu 



Pelajar-pelajar pertama kali didedahkan dengan SE semasa Bab 6 Kimia Ting. 4: Elektrokimia, tajuk ‘Elektrolisis Larutan Akueus’. Seterusnya, SE digunakan semasa pembelajaran Bab 3 Kimia Ting. 5: Redoks bagi tindak balas berikut:
i)        Tindak balas penyesaran logam
ii)       Tindak balas penyesaran halogen
iii)     Tindak balas kakisan logam



Tiga eksperimen untuk mengkaji sifat kimia asid adalah:
i)                    Tindak balas antara asid dan bes / alkali (tindak balas peneutralan)
ii)                   Tindak balas antara asid dan logam
iii)                 Tindak balas antara asid dan logam karbonat

Tiga eksperimen untuk mengkaji sifat kimia alkali pula adalah:
i)                    Tindak balas antara alkali dan asid (t/balas peneutralan)
ii)                   Tindak balas antara alkali dan garam ammonium
iii)        Tindak balas antara alkali dan ion logam


Keterlarutan Garam

Bagi mengenal pasti keterlarutan garam di samping melatih pelajar untuk menulis formula garam dengan betul, saya meminta pelajar-pelajar saya membina Jadual Keterlarutan Garam. Seterusnya, mereka hanya perlu melorekkan garam yang tidak larut.


# Tindak Balas Asid & Logam dan Aplikasinya 

Tindak balas asid dan logam digunakan dalam tajuk-tajuk / soalan-soalan berikut:
1. Ujian Pengesahan Asid
2. Ujian Pengesahan Gas Hidrogen
3. Penyediaan Gas Hidrogen
4. Penyediaan Garam Larut
5. Tindak balas Redoks


KIMIA TING. 5

# Eksperimen Kadar Tindak Balas Menggunakan Panadol Soluble 

3 faktor untuk dibincangkan dalam satu sesi PdP (2 waktu). Faktor saiz dijadikan sebagai set induksi, dengan menggunakan panadol soluble yang dilarutkan dalam air.
Dua lagi faktor, iaitu faktor kepekatan bahan & suhu bahan tindak balas dijalankan eksperimen oleh pelajar-pelajar. 

# Nota Ringkas Sebatian Karbon 

Antara cara paling mudah untuk mengingati semua tindak balas kimia yang melibatkan sebatian karbon adalah dengan menggunakan nota ringkas dalam bentuk peta minda / peta konsep.
Saya meminta pelajar untuk membinanya sendiri supaya mereka lebih faham dan lebih mudah untuk mengingatinya.


# Membina Struktur Molekul & Isomer Sebatian Karbon Menggunakan Magnet

Setiap magnet mewakili setiap atom yang terdapat dalam molekul sebatian karbon. Jenis atom yang berbeza diwakili oleh warna magnet yang berbeza, termasuklah kumpulan berfungsi masing-masing. 



Dalam Siri Kereaktifan Logam (SKL), logam-logam disusun mengikut kereaktifan tindak balasnya terhadap  oksigen bagi membentuk oksida logam.
Susunan logam dalam SKL adalah sama seperti dalam Siri Elektrokimia, cuma bezanya SKL mengandungi karbon, C dan hidrogen, H. 














No comments:

Post a Comment