INOVASI



Kad Mnemion (mnemonik + ion) merupakan satu set kad imbas (flash card) yang menggabungkan senarai formula ion bersama mnemonik bagi memudahkan pelajar mengingati formula ion. Tujuan utamanya adalah bagi memudahkan pelajar menulis formula kimia sebatian dan seterusnya dapat membina persamaan kimia dengan lebih mudah. 


# Lingkaran Jadual Berkala Unsur 

Melalui projek inovasi ini pelajar didedahkan dengan cara mudah bagi mengingati perubahan sifat fizik (saiz) dan sifat kimia (kereaktifan & keelektronegatifan) unsur dalam Jadual Berkala Unsur


# Penanda Buku SE & SKL 

Bagi memudahkan pelajar merujuk dan menghafal kedudukan logam / ion dalam SE dan SKL, saya menghasilkan penanda buku SE dan SKL bagi memudahkan pelajar membawanya ke mana-mana, terutamanya setiap kali sesi PdP Kimia.


No comments:

Post a Comment