Thursday 28 December 2017

Imbasan 2017: Senarai Program & Aktiviti di SMKBA Sibu (Part 1)

Tahun 2017 akan melabuhkan tirai tidak lama lagi. Seperti Imbasan 2016 pada tahun lepas, saya kongsikan segala program dan aktiviti sekolah sebagai kenangan untuk semua yang terlibat serta sebagai dokumentasi peribadi. 

BAHAGIAN I: Program Sepanjang Tahun 

(A) Program Akademik 

1. Program Kelas Petang 

Dijalankan pada setiap petang Isnin - Khamis bermula jam 2.30 - 4.00 petang. Bertujuan untuk menggalakkan pelajar mengisi waktu terluang pada sebelah petang dengan mengulangkaji pelajaran dan membuat latihan. Tingkatan 1 dan 2 dikumpulkan bersama di dewan makan dan Bilik Operasi, manakala Ting. 3-5 dibimbing oleh guru bertugas bagi setiap kelas. 

Belajar berkumpulan dalam kelas 



2. Kelas Bimbingan Berfokus PT3 & SPM

Dijalankan pada setiap petang Rabu mengikut jadual. Selepas Peperiksaan Percubaan, kelas bimbingan diadakan pada setiap petang termasuk pada hari Sabtu. Maklumlah, pelajar di sini tidak berluang untuk ke kelas tuisyen berbayar di luar sekolah. Bengkel SPM yang melibatkan penceramah luar turut dijalankan. 

Kelas bimbingan PT3 Sains 



Bengkel Kimia bersama GC Kimia, Cg Patrick Chai 


3. Program Bijak Sifir

Ramai dalam kalangan pelajar yang masih tidak menguasai asas sifir. Oleh itu, semua pelajar Ting. 1 dan 2 diwajibkan untuk memegang 1 kad sifir dan membacakan sifir di hadapan guru mengikut kesesuaian masa masing-masing. Jika pelajar telah berjaya menghafal sifir tersebut, guru akan tandatangan dan memberikan gred. 


Setelah semua sifir berjaya ditandatangani, kad sifir itu akan dihantar kepada guru matematik kelas masing-masing dan pelajar akan diberikan kad sifir yang baharu. Setiap hujung bulan, hadiah akan diberikan kepada pelajar yang paling banyak menghantar kad sifir & paling banyak mendapat gred A bagi setiap sifir yang dibaca. 

Uji sifir bersama guru tingkatan pada waktu pagi 


4. English Vocabulary & Idioms

Setiap minggu, satu perkataan dalam Bahasa Inggeris dan satu peribahasa Inggeris akan ditulis pada papan kenyataan BI serta dibacakan semasa perhimpunan mingguan. Pelajar-pelajar perlu menyalin perkataan dan peribahasa tersebut. Guru BI akan bertanya pada pelajar semasa sesi PdPc dalam kelas. 



5. Dialog Prestasi Akademik 

Selepas setiap kali selesainya ujian / peperiksaan, dialog prestasi bersama antara guru dan pelajar akan diadakan dengan kehadiran Tuan Pengetua. Semasa sesi dialog tersebut, guru akan membentangkan analisis item dan membincangkan kelemahan-kelemahan yang perlu pelajar atasi. 



6. Professional Learning Community (PLC) 

PLC dijalankan di peringkat setiap panitia. Panitia bebas memilih strategi PLC yang sesuai dengan mata pelajaran masing-masing. Namun, strategi Lesson Study perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya sekali pada setiap semester. Antara strategi PLC lain yang mudah dan selalu dijalankan adalah Teacher Sharing Session (TSS) dan Data Analysis

Teacher sharing bersama KB Sains, Cg Sembi 

Sesi perbincangan & perancangan untuk Lesson Study Sains 

Panitia BI

Panitia Pend. Moral 

nota: sebenarnya PLC ni dah lama golongan guru jalankan terutama TSS, cuma dulu kita tidak dokumenkan. sekarang proses dokumentasi dijalankan secara lebih sistematik. 


7. Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) 



8. Dual Language Programme (DLP) 

Bermula tahun 2017, SMKBA Sibu dipilih sebagai salah sebuah sekolah yang menjalankan program DLP kerana telah memenuhi 4 syarat pelaksanaan DLP. Melalui program ini, pelajar Tingkatan 1 berpeluang untuk mempelajari Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Untuk panitia Sains, saya telah dipilih untuk manjadi guru DLP. Di sekolah kami, hanya 1 kelas sahaja yang dibuka sebagai kelas DLP, manakala 2 kelas yang lain belajar dalam BM seperti biasa. 



9. Team-Teaching 

Team-teaching ni hampir sama dengan salah satu strategi dalam PLC, iaitu Peer Coaching kaedah 3, di mana coach dan coachee mengajar bersama. Cuma kami di sini menggunakan istilah team-teaching kerana tidak menggunakan istilah coach dan coachee. Dua orang guru yang mengajar bersama berfungsi sebagai rakan sebaya yang saling melengkapi semasa proses PdPc dalam bilik darjah. 



(B) Program HEM & Asrama 

1. Program Jom ke Sekolah 

Bertujuan untuk menggalakkan pelajar untuk datang ke sekolah dan mengurangkan kes ponteng sekolah. 



2. Program Sifar Rokok 

Dalam banyak-banyak kes disiplin di SMKBA, yang satu ini saja yang kritikal dan sukar dibendung kerana sudah menjadi sebahagian daripada budaya. Jadi, pemantauan terhadap rokok dalam kalangan pelajar dijalankan dari semasa ke semasa dengan kerap. 



3. Pemantauan Motosikal 

Setiap pagi, guru bertugas akan memantau motosikal pelajar bagi memastikan tiada motosikal yang diubahsuai serta menyalahi undang-undang. Selain itu, pihak polis trafik turut datang memantau mengikut keperluan 



4. Kelas Belajar Malam Asrama 

Bertujuan untuk memastikan para pelajar asrama menggunakan waktu dengan perkara berfaedah. Takdelah nak melolong je kat asrama malam-malam.



5. Gotong-royong Asrama 

Dijalankan pada setiap hari Sabtu semasa para pelajar sttay di asrama. 



6. Projek Tanaman Hijau Asrama 



7. Taklimat Mingguan Asrama bersama Pengetua 



(C) Aktiviti Ko-Kurikulum 

Aktiviti KK ada banyak juga, cuma sebahagian besarnya saya tidak terlibat. 
Antara program utamanya yang dijalankan sepanjang tahun adalah Program Pembangunan Olahraga & Program Pembangunan Bola Sepak 

Melalui penglibatan di pertandingan luar pula, pasukan sepak takraw menunjukkan prestasi cemerlang pada tahun ini dengan membuat kejutan muncul juara di peringkat Daerah Sibu. 




>>   Part 2    Part 3 

No comments:

Post a Comment