Sunday, 26 February 2017

Aktiviti Ketumpatan

Pengenalan

Ketumpatan didefinisikan sebagai nilai jisim per isipadu sesuatu bahan


Unit bagi ketumpatan : g/cm3

Oleh itu, ketumpatan dipengaruhi oleh 2 faktor, iaitu:
i) Jisim bahan
ii) Isipadu bahan


Aktiviti 1: Terapung / Tenggelam

Aktiviti ini selalunya dijadikan sebagai set induksi.
Dijalankan secara berkumpulan dengan menggunakan pendekatan inkuiri penemuan (inquiry-discovery learning)


Langkah-langkah:
1. Berikan beberapa objek / bahan kepada setiap kumpulan
Contohnya: tin minuman, botol air mineral, buah-buahan (epal/oren/dll), plastisin, polisterin, bongkah kayu, bebola besi, alat tulis dsb.
2. Masukkan objek ke dalam air
3. Rekodkan objek mana yang tenggelam & objek yang timbul
4. Minta pelajar berikan sebab

5. Selepas pelajar memberikan maklum balas, guru bincangkan konsep ketumpatan

6. Kemudian, minta pelajar buat perbincangan dalam kumpulan untuk fikirkan cara bagaimana mahu tenggelamkan objek yang timbul / apungkan objek yang tenggelam.
Contoh: bagaimana nak tenggelamkan buah oren / polisterin & bagaimana nak apungkan plastisin

sumber rujukan: Nilam Publication sdn. bhd. 

7. Untuk pendekatan KBAT, minta pelajar sendiri bina hubungan antara ketumpatan dengan jisim & isipadu


Aktiviti 2: Lebih Tumpat / Kurang Tumpat

Aktiviti ini dijalankan untuk menunjukkan kedudukan objek / bahan yang lebih tumpat dan objek / bahan yang kurang tumpat

Langkah-langkah:

1. Sediakan 1 gelas air dan 1 gelas berisi minyak



2. Letak kadbod atas gelas berisi air & telangkupkan ke atas gelas yang berisi minyak




3. Tarik sedikit kadbod untuk membenarkan aliran air & minyak



4. Pemerhatian: air akan turun ke bawah & minyak akan naik ke atas.



Penerangan:
Air & minyak tidak akan bercampur kerana mempunyai ketumpatan yang berbeza. Bahan yang lebih tumpat akan sentiasa berada di bawah, manakala bahan yang kurang tumpat akan sentiasa berada di atas.




Aktiviti 3: Faktor-faktor Ketumpatan

Aktiviti ini dijalankan untuk menunjukkan bagaimana faktor jisim & isipadu mempengaruhi ketumpatan sesuatu bahan

Langkah-langkah:

1. Sediakan 2 bikar berisi air.
2. Masukkan telur ke dalam bikar pertama. (pemerhatian: telur tenggelam)


3. Larutkan garam ke dalam bikar kedua. Masukkan telur ke dalam air garam (pemerhatian: telur terapung)


4. Tambahkan air ke dalam bikar yang berisi air garam tadi. (pemerhatian: telur yang terapung akan tenggelam perlahan-lahan)



Penerangan:
1. Telur lebih tumpat daripada air. Jadi, telur akan tenggelam dalam air biasa.
2. Apabila garam ditambah ke dalam air, jisim bertambah menjadikan ketumpatan air garam lebih tinggi daripada air biasa. Jadi, telur terapung di atas air garam.
3. Apabila air ditambah ke dalam air garam, isipadu air bertambah menjadikan ketumpatan air berkurang. Jadi, telur akan kembali tenggelam.
**hanya ketumpatan air yang berubah, ketumpatan telur tidak berubah**


Kesimpulan:

Apabila jisim bertambah, ketumpatan akan bertambah
Apabila isipadu bertambah, ketumpatan akan berkurang

Bahan / objek yang lebih tumpat berada di bawah
Bahan / objek yang kurang tumpat berada di atas  

sumber rujukan: Pearson-Longman 


Video Aktiviti Ketumpatan: klik DI SINI 

No comments:

Post a Comment