Saturday 7 May 2016

Voice of Bawang Assan: Inter-Uniform Bodies Singing Competition 2016

Buat julung kalinya, SMKBA menganjurkan pertandingan nyanyian / karaoke dalam Bahasa Inggeris pada 27 April lalu. Acara ini meruipakan salah satu acara yang dijadualkan dalam kalendar bulanan Unit Ko-Kurikulum. Suatu pertandingan antara Badan Beruniform yang bertemakan Matematik / Bahasa Inggeris akan dianjurkan sebulan sekali sebagai sebahagian usaha untuk memperkasakan 2 m/p tersebut melalui aktiviti KK.

Barisan peserta 

Pertandingan pertama pada tahun ini adalah "Spelling Bee Competition" yang dikelolakan oleh Pengakap dan Pandu Puteri pada bulan Mac. Bulan April merupakan giliran Kadet Remaja Sekolah bersama BSMM untuk mengelolakannya, dan mereka telah memilih pertandingan nyanyian sebagai tema.


Aktiviti nyanyian / karaoke sudah tidak asing lagi dengan masyarakat di sini terutama dalam kalangan pelajar. Mereka cuma mungkin belum biasa dengan lagu BI. Walau bagaimanapun, pertandingan ini telah mendapat penyertaan yang agak menggalakkan. Dengan persediaan bagi penganjuran cuma seminggu, ditambah dengan program akademik yang padat, guru-guru penasihat cuma mampu mengharapkan pelajar untuk berlatih sendiri.


Namun, semua peserta telah memberikan persembahan terbaik mereka dengan beberapa peserta menunjukkan bakat yang mengejutkan. Sokongan padu dan sorakan daripada para penonton secara tidak langsung menaikkan semangat para peserta yang berada di atas pentas.

Antara yang paling mencuri tumpuan:

 Masing - 'artis' SMKBA - pelajar yang sudah biasa membuat persembahan di sekolah 


 Dewi - lirik 100% dalam kepala 


Peserta paling ditunggu-tunggu - Lias - membawakan "My Heart Will Go On" dengan penuh perasaan 

Lensa sepanjang aktiviti:

 Barisan juri yang bijaksana - guru2 BI 

Aksi para peserta 

 Persembahan selingan oleh Cikgu Rolland 

Cikgu Patrick n Cikgu Damasus pun takmau kalah 

Finally, the winner goes to......................



Kredit gambar: Cikgu Giyong

p/s: selain pertandingan seperti ini, kami juga memenuhkan masa terluang (waktu rehat, tengah hari, petang) dengan memperdengarkan siaran lagu & radio dalam BI di sekolah & asrama. just for the students to get used to the language.

No comments:

Post a Comment