Saturday 28 May 2016

Inovasi Kimia Ting. 4: Lingkaran JBU

Pengenalan

Jadual Berkala Unsur merupakan tajuk Bab 4 dalam mata pelajaran Kimia Tingkatan 4. Antara sub-tajuk yang penting dalam bab ini adalah perubahan saiz, kereaktifan dan keelektronegatifan unsur apabila menuruni kumpulan dan merentasi kala dalam Jadual Berkala Unsur. Hasil tinjauan dan soal selidik mendapati pelajar-pelajar sering keliru dengan perubahan saiz dan kereaktifan bagi unsur-unsur Kumpulan 1 dan Kumpulan 17. Para pelajar juga sukar mengingati perubahan saiz dan keelektronegatifan apabila merentasi kala. Melalui projek inovasi ini pelajar didedahkan dengan cara mudah bagi mengingati perubahan sifat fizik (saiz) dan sifat kimia (kereaktifan & keelektronegatifan) unsur dalam Jadual Berkala Unsur dengan menggunakan kaedah “Lingkaran”.



Latar Belakang 

Antara perubahan sifat unsur yang dibincangkan adalah:

1. Saiz atom bertambah apabila menuruni kumpulan
2. Saiz atom berkurang apabila merentasi kala dari kiri ke kanan
3. Keelektronegatifan unsur bertambah apabila merentasi kala dari kiri ke kanan
4. Kereaktifan unsur Kumpulan 1 bertambah apabila menuruni kumpulan
5. Kereaktifan unsur Kumpulan 17 berkurang apabila menuruni kumpulan

Jadi, ramai pelajar komplen kejap-kejap bertambah, kejap-kejap berkurang. Maka, mereka pun keliru dan asyik tertukar saja.

Oleh itu, saya minta mereka untuk ingat yang bertambah sahaja. Misalnya, perubahan saiz atom bertambah apabila menuruni kumpulan & bertambah apabila merentasi kala dari kanan ke kiri.


Objektif:

i) Memudahkan pelajar memahami & mengingati perubahan sifat fizik & sifat kimia unsur apabila menuruni kumpulan dan merentasi kala dalam Jadual Berkala Unsur.

ii) Meningkatkan kemahiran pelajar menjawab soalan berkaitan perubahan sifat fizik dan sifat kimia unsur.


Huraian Inovasi

1. Letakkan jari telunjuk di anak panah pertama di bahagian atas bermula di sebelah kanan.

2. Gerakkan jari mengikut anak panah mengikut arah lawan jam.

3. Label:
i) Anak panah 1: pertambahan saiz (merentasi kala)
ii) Anak panah 2: pertambahan saiz (menuruni kumpulan) & pertambahan kereaktifan bagi unsur Kumpulan 1
iii) Anak panah 3: pertambahan keelektronegatifan (merentasi kala).
iv) Anak panah 4: pertambahan kereaktifan bagi unsur Kumpulan 17.

*Huraian secara lebih terperinci tentang kaedah "Lingkaran JBU" ini boleh dirujuk dalam laporan inovasi melalui link di bawah.


Muat turun:






3 comments:

  1. salam cikgu nurul.saya berminat utk berkongsi ilmu guru kimia dgn cikgu.saya seorang guru kimia di kawasan felda negeri sembilan.mengajar anak-anak yg kurang minat dgn kimia.boleh cikgu wassap sy: 010-5044410.sy puan ida

    ReplyDelete
  2. SALAM.. cikgu saya mohon untuk share bahan ini utk mengajar anak murid saya boleh... sy harap cikgu izin kan dan halalkan.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam. Boleh cikgu, tiada masalah. Silakan. Semoga bermanfaat.

      Delete