Sunday, 11 October 2015

Kimia Bab 8: Keterlarutan Garam

Tajuk pertama dalam mata pelajaran Kimia Ting. 4 Bab 8: Garam ialah keterlarutan garam.
Adalah penting untuk mengenal pasti garam terlarutkan dan garam tak terlarutkan kerana ia akan menentukan kaedah penyediaan sesuatu garam.

Secara umumnya, terdapat 4 jenis garam yang dibincangkan dalam sukatan m/p Kimia Ting. 4, iaitu:

(i)     Garam nitrat
(ii)    Garam sulfat
(iii)   Garam klorida
(iv)   Garam karbonat

Jika mahu menghafal semua garam yang larut dan garam tak larut, sudah tentulah sukar kerana jumlahnya agak banyak.
Jadi, hanya perlu ingat garam yang tidak larut sahaja kerana jumlahnya sedikit berbanding dengan garam yang larut.

Bagi mengenal pasti keterlarutan garam di samping melatih pelajar untuk menulis formula garam dengan betul, saya meminta pelajar-pelajar saya membina Jadual Keterlarutan Garam. Seterusnya, mereka hanya perlu melorekkan garam yang tidak larut.

Berikut merupakan antara hasil pelajar saya:







Muat turun: 

Jadual Keterlarutan Garam (pelajar-latihan) 

Jadual Keterlarutan Garam (guru-jawapan)

5 comments:

  1. cikgu knp oksida logam/logam/oksida karbonat dilarutkan shgga tepu dlm asid ...minta penjelasan

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk memastikan semua asid bertindak balas dgn logam / oksida logam / karbonat logam

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete