Tuesday, 20 October 2015

Analisis Soalan SPM Kimia 2009-2015 Mengikut Subtopik

Jika diperhatikan kebanyakan analisis soalan SPM daripada buku hanya menunjukkan analisis berdasarkan topik / bab. Berdasarkan analisis tersebut, boleh dikatakan hampir semua bab akan disoal dalam peperiksaan SPM. Bagi pelajar-pelajar cemerlang, mereka tiada masalah untuk membuat ulangkaji bagi semua tajuk, namun ianya amat sukar bagi pelajar-pelajar yang sederhana dan “slow-learners”.

Jika kita membuat analisis mengikut sub-topik, kita akan dapat melihat ‘trend’ soalan SPM dengan lebih jelas. Berdasarkan kekerapan sesuatu tajuk / kemahiran disoal dalam SPM, kita boleh merancang tajuk mana yang perlu diberi lebih penekanan. Sedikit sebanyak dapat juga meramalkan soalan yang berkemungkinan akan ditanya pada tahun tersebut.  Saya pernah berdiskusi dengan seorang Guru Cemerlang Kimia dari Johor empat tahun lepas, dan beliaulah yang telah memberikan tips ini kepada saya.

Saya telah membuat analisis soalan SPM Kimia mengikut sub-topik bermula dengan soalan SPM pada tahun 2007. Untuk entri ini, saya tunjukkan analisis bermula tahun 2009 (supaya muat dalam 1 page).

Berikut merupakan analisis soalan-soalan SPM Kimia yang dikeluarkan sejak 7 tahun kebelakangan.






Berdasarkan analisis di atas, beberapa perkara yang dapat saya simpulkan adalah: 

1.   Tajuk / bab WAJIB (ditanya pada setiap tahun)
(i)    Bab 5 Ting. 4: Ikatan Kimia (tiada dalam soalan SPM 2015) 
(ii)   Bab 6 Ting. 4: Elektrokimia
(iii)  Bab 1 Ting. 5: Kadar Tindak balas 

2.  Kebiasaannya, Bab 9 Ting. 4 (Bahan Buatan dalam Industri) & Bab 5 Ting. 5 (Bahan Kimia untuk Pengguna) digabungkan dalam satu soalan (Kertas 2) sama ada Bahagian A ataupun Bahagian B/C.

3.   Tajuk / bab yang kerap ditanya di Bahagian A Kertas 2:
(i)   Bab 2 ting. 4: Struktur Atom (jirim, atom)
(ii)  Bab 3 ting. 4: Formula & persamaan Kimia (penentuan formula empirik)
(iii) Bab 5 ting. 4: Ikatan Kimia
(iv) Bab 6 ting. 4: Elektrokimia (elektrolisis larutan akues / sel kimia)
(v)  Bab 2 ting. 5 : Sebatian Karbon 

4.   Tajuk / bab yang kerap ditanya di Bahagian B / C Kertas 2:
(i)    Bab 6 ting. 4: Elektrokimia
(ii)   Bab 7 ting. 4: Asid & Bes (kekuatan asid/alkali, peranan air dalam menunjukkan sifat asid/alkali, pentitratan asid-bes)
(iii)  Bab 8 ting. 4: Garam (analisis kualitatif)
(iv)  Bab 9 ting. 4 + Bab 5 ting. 5: Bahan Buatan dalam Industri & Bahan Kimia untuk Pengguna
(v)   Bab 1 ting. 5: Kadar Tindak balas (mesti menguasai kemahiran melukiskan graf & membuat tangen pada graf)
(vi)  Bab 2 ting. 5: Sebatian Karbon (soalan berangkai) 

5.   Tajuk / bab yang belum pernah ditanya dalam Kertas 3 sejak 2007:
(i)   Bab 3 ting. 4: Formula & Persamaan Kimia
(ii) Bab 5 ting. 5: Bahan kimia untuk pengguna 


Muat turun (word doc): 

16 comments:

  1. saya harap tip tip ini dpt membantu saya dlm exam.terima kasih..

    ReplyDelete
  2. Cikgu, daripada 10, berapakah kebarangkalian soalan ini spot ini benar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 5/10. tapi perlu diingat, tetap perlu ulangkaji semua tajuk.

      Delete
  3. thankss cg Nurul , harapp'2 kluarr laa , hihii . wish me luck .

    ReplyDelete
  4. thankss cg Nurul , harapp'2 kluarr laa , hihii . wish me luck .

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum, cikgu. saya, student degree upsi mengambil kursus kimia. saya tertarik dgn blog dan perkongsian yg cikgu kongsi. saya juga berminat dengan cara pengajaran cikgu di dalam youtube. pada semester ini, saya ingin membuat projek akhir tahun berkaitan dengan kimia tingkatan 4. jadi, saya ingin berhubung dengan cikgu secara personal. boleh kah saya berhunbung secara personal dan bagaimanakah caranya? harap cikgu setuju untuk berhubung dgn saya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam. boleh pm saya di fb (https://www.facebook.com/nurulhanim.ismail.9)
      nnti sy bagi no. phone

      Delete
    2. sorry, sy x dapat sebarang pm dr saudari.

      Delete
  6. Assalamulaikum cikgu Nurul, saya sangat beruntung jumpa blog cikgu nie. Dapat saya pelajari cara menganalisis dan meramal soalan yang bakal keluar. Saya harap ramalan untuk tahun 2016 ini juga ada.Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam. terima kasih. insya-Allah ramalan 2016 akn update lpas trial spm brdasarkan soalan trial negeri2

      Delete
  7. Assalamualaikum cikgu, bagaimana untuk analisis spm2016? Terima kasih cikgu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam. insya-Allah akan dikemaskini dalam masa terdekat

      Delete
  8. TERIMA KASIH CIKGU NURUL SEMOGA SUMBANGAN CIKGU AKAN DIBALAS OLEH TUHAN MAHA BERKUASA

    ReplyDelete